Kit Siang tak berani berdepan, tolak jemputan KJ!

Spread the love

Kuala Lumpur – Tidak berani berdepan dengan Khairy Jamaluddin membuatkan Lim Kit Siang Penasihat DAP, menolak jemputan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, atas alasan beliau tidak berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya untuk menghadiri sidang media menteri berkenaan hari ini berhubung isu harga vaksin Pfizer’s Covid-19.

Dalam kenyataannya di blognya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana mengundang beliau untuk hadiri ke sidang media tersebut.

“Saya tidak berada di Kuala Lumpur dan tidak akan berada di Putrajaya untuk menghadiri sidang akhbarnya, ini kerana saya percaya bahawa wartawan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan dapat mengendalikan sidang media Khairy dengan baik,” jelasnya.

Kit Siang turut melahirkan harapannya agar Khairy dapat memberitahu rakyat Malaysia tentang perbezaan harga vaksin Covid-19 yang dibeli oleh Malaysia berbanding negara-negara lain seperti Belgium dan Singapura.

Selain itu apa yang lebih penting lagi, katanya, Khairy perlu mengumumkan bahawa vaksin akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Menurut Kit Siang, beliau akan meluangkan masa jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media atau acara khas untuk mengumumkan strategi dan pendekatan memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19 di negara ini.

Terdahulu, Kit Siang mempersoalkan keputusan kerajaan yang memerlukan RM3 bilion untuk mendapatkan vaksin kepada 6.4 juta rakyat Malaysia.

Pemimpin veteran DAP itu membuat perbandingan dengan kenyataan seorang menteri dari Belgium yang mendakwa harga vaksin tersebut 20 kali ganda lebih murah daripada harga sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *